Salam semua, untuk makluman besok 8 Mei 2011 merupakan sambutan hari ibu, manalah tau ada yang tak tahu lagi bila hari ibu kan?, hari ibu nie di sambut setiap bulan mei iaitu pada ahad minggu ke dua, bergantung pada sesebuah negara, tapi ianya disambut pada bulan Mei.
Warkah buat Ibu tercinta, Ibu sekiranya dikau ada dihadapan adik, ingin sekali adik memeluk dan mencium mu ibu, adik rindukan pelukanmu ibu, adik rindu wangianmu ibu, alangkah seronoknya adik-adik yang lain dikampung berpeluang untuk menatap wajahmu dan memelukmu, tapi adik tidak…adik jauh disini, namun ingatan terhadapmu takpernah luntur walau sekali pun, adik harap ibu suka dengan hadiah yang adik bagi kat ibu, mudahan ibu sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki, adik sayang ibu!…Selamat Hari Ibu.
Warkah buat Mak Mertua tercinta, selamat hari ibu mak, terima kasih kerana menyayangi diri ini, suami dan anak-anak, mak sangat baik hati, sebab tu kami pun seronok nak balik kampung, mak tidak membeza-bezakan anak menantu mak, mak sayang dengan cucu-cucu mak, seronok bila kita dapat berjumpa, bergelak tawa bersama, masak sama-sama, makan sama-sama, shopping sama-sama, best kan mak…kami doakan mak panjang umur murah rezeki, amin. Dan doakan kami agar dapat memberikan cucu perempuan untuk mak dan ayah, kami tahu itulah yang mak dan ayah inginkan…mudahan dimurahkan rezeki kita kan mak…amin.