BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 30 May 2011

Mati di ambang maut

MaTi ( Di Ambang Sakaratul Maut )

Assalamualaikum ..

Tajuk yang ingin saya bincangkan kali ini adalah MATI. Saya akan menyatakan tanda-tanda mati yang baik dan tidak baik. Mati itu pasti. Mati itu dekat. Semakin menghampiri kita. Perkara yang berbeza adalah cara mati. Ada yang mati dalam keadaan yang baik atau hina.

Rasulullah pernah bersabda 'Siapa yang suka berjumpa dengan Allah maka Allah suka berjumpa dengannya. Siapa yang benci berjumpa dengan Allah maka Allah benci berjumpa dengnnya.' Ini bukan bermakna seseorang sukanya akan mati dan orang yang tidak suka mati akan dibenci oleh Allah.  Yang dimaksudkan siapa yang benci jumpa Allah maka Allah benci jumpa dengannya adalah TANDA-TANDA SEBELUM MATI , keadaan sebelum mati . 


Terdapat dua keadaan mati iaitu mati baik dan mati buruk. Mati buruk ada empat tanda . Pertama , matanya terbeliak , matanya melihat ke mana rohnya pergi. Kedua , dadanya berombak , dia nampak apa yang akan dia jumpa dalam kubur , neraka , dan dia akan melihat apa yang dia buat di atas muka bumi ketika dia hidup , Allah tunjukkan semuanya. Siapa yang mati begitu Allah tidak akan jumpa dengan dia , Allah benci jumpa dia. Sebab dia mati dalam keadaan suul khotimah. Ketiga , kulit dahinya menjadi mengerekot menahan kesakitan. Mulutnya ternganga menahan kesakitan. Keempat , jarinya mencengkam selimut/benda di sekelilingnya dengan kuat. Sakit yang teramat sangat yang ditanggung oleh orang tersebut. Masha-Allah , betapa sakitnya mati ini. Itulah tanda-tanda Allah benci jumpa dia kerana dia benci mati dan benci jumpa Allah. Masha-Allah. Sebab berlakunya empat tanda mati buruk adalah apabila dia melihat (mata terbeliak) isi neraka , maka dia tidak mahu mati (benci mati). Apabila dia tidak mahu mati dia akan meronta-ronta (seperti tanda-tanda yang dinyatakan tadi). Tetapi Malaikat Maut tetap menjemputnya. Itulah sebabnya dia mati dalam keadaan suul khotimah dan dikatakan dia benci jumpa Allah , Allah benci jumpa dia.


Kita mesi menemui mati. Persoalannya bagaimana kematian kita ketika di ambang sakaratul maut. Adakah kita mati baik atau mati buruk. Mati baik ada lima tanda. Pertama , orang yang berpeluh dahinya. Apabila anda jumpa satu mayat selepas dia mati dahinya berpeluh itulah tanda-tanda orang itu mati dalam keadaan redho pada Allah maka Allah redho jumpanya. Apabila anda melihat orang yang bepeluh , anda tidak perlu lapkan peluh tersebut kerana peluh itu tidak akan kering malah makin banyak. Ada orang yang mati sangat tenang. Dia boleh mengucap Lailahaillahmuhammadarrosulullah (paling panjang) / Lailahaillah (sederhana) / Allah (paling pendek). Ada orang mati yang sedang baca khutbah di Masjid Perai , Masjid Bukit Minyak mati sedang baca khutbah solat raya. Subahanallah. Ada tok imam mati ketika solat. Pelajar Ustaz Kazim ( penceramah bebas ) mati ketika tahiyat akhir (ketika mengucap). Mati beginilah yang kita mahukan. Inilah yang dikatakan Khusnul Khotimah (kematian yang baik). Kedua , dia akan kelihatan tersenyum. Orang yang beriman akan mati dalam keaadan tenang kerana ketika itu Allah tunjukkan Syurga. Sebab itulah apabila orang beriman mati dia akan tersenyum. Ketiga , mati pada hari Jumaat. Mudah-mudahan Allah angkat seksaan kubur. Keempat , mati dalam solat. Dan yang kelima , mati dalam bulan Ramadhan. Subahanallah. 


Ada manusia yang minta (berdoa) mati. Ini tidak patut dilakukan. Yang dibolehkan minta mati hanya ada dua sebab.  Yang petama adalah Ulama' yang dipaksa keluarkan fatwa , yang mana fatwa itu bercanggah dengan hukum syarak. Jikalau fatwa itu bercanggah dengan hukum syarak , dipaksa oleh pihak pemerintah supaya dia mengeluarkan fatwa itu bersalah dengan hukum , jikalau dia tidak mengeluarkan fatwa itu maka dia akan diseksa. Kalau dia tetap mengeluarkan fatwa maka habis rosak umat Nabi Muhammad , maka ulama' sebegini diharuskan minta mati. Dia tidak bunuh diri tetapi minta ( berdoa ) mati. Yang kedua adalah orang yang diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat dasyat. Sebagai contoh sakit yang sangat teruk ( koma bermingu-mingu/tidak ada harapan untuk hidup/lain2 ). Orang lain harus meminta supaya orang yang sakit itu mati. Lain daripada dua perkara tadi tidak harus minta mati. Lebih baik minta dipanjang umur ( bukan dua perkara tadi ) kerana lebih lama hidup di dunia lebih banyak amalan baik yang diperoleh ( jikalau ia menggunakan masa hidupnya dengan ibadat). 


Nabi takut umatnya mati keldai. Suara yang Allah benci adalah suara keldai. Maksud mati keldai adalah mati mengejut , mati tidak sempat minta maaf. Semua orang benci mati. Orang yang tidak benci adalah orang yang ingin membunuh diri. Saya rasa setakat ini sahaja lah yang saya boleh share sedikit ilmu dengan anda. Semoga kita mati dalam keadaan husnul khotimah. Insya-Allah.


Saya minta maaf jika terkasar bahasa. Saya menutup dengan kalimah yang mulia. 
Wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh. ^^,

Maksud 12 bariSaN

~Apakah maksud 12 barisan di AKHIRAT nanti??~

Nak berkongsi mengenai barisan di Akhirat nanti...
Barisan manakah mungkin kita sertai?
Dunia sedang menuju di akhir hayatnya..semoga kita sempat
memohon ampunanNYA sebelum menutup mata.


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku
mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian
datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

∙BARISAN 1∙
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 2∙
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 3∙
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 4∙
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam
jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 5∙
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk
itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 6∙
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 7∙
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 8∙
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 9 ∙
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak
yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 10∙
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 11∙
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka
terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

∙BARISAN 12∙
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat
lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah,
maka garanglah terhadap dirimu sendiri.
Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
Wallahua'alam.

Bace lAh & FahAmi

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Gambar Seorang Anak

 Syed Mohd Zuhilmi Bin Syead Zainordin

Tentang Aquwh~ TEKAN DI TEPI NI >>>

hok mule mule skaleh aq dok suke rokok ...
klu tengok rokok mmg rezak ah , tobak pom ..
nok nok asap yee orwww ... cicok lalu jadi kerah aq rase ..
tapi gitu ah ork ? org leni suke isap rokok , ade nape auu
kat rokok pah jadi beh gitu ... aq rase rokok ade nyaket err ...
bukan boleh jadi gagoh pom ... ork ?

OK NI JE KALU TENTANG ROKOK ...